Esok 30 September bersamaan dengan 1 syawal 1429H maka tibalah hari yang dinantikan oleh semua umat islam seluruh dunia, HARI RAYA AIDILFITRI..merayakan kemenangan kita setelah bertungkus lumus menunaikan rukun islam….
Pada malam rayanya kami semua ditugaskan untuk menyediakan juadah raya keesokan harinya…Manakala pagi raya kami bermula awal, seawal pukul 730 pagi jika kami semua hendak pergi bersembahyang raya di Kedutaan Malaysia…namun harus diingatkan bahawa perjalanan mengambil masa sejam, maka perlulah bangun awal ye kalau nak pergi bersembahyang…
Kepada yang dapat kelulusan cuti daripada dekan fakulti masing-masing, tahniah dan syabas saya ucapkan kerana anda semua bolehlah berehat di bilik sambil menikmati suasana Hari Raya AILDILFITRI….manakala kepada sebahagian kecil daripada kami perlu mengharungi suasana sedih di pagi raya kerana ade yang perlu pergi ke kelas untuk LAB dan sebagainya…
Seperti HARI RAYA AILDILFITRI yang lain, hari tersebut tidak lengkap sekiranya tidak ada rumah terbuka..mengikut maklumat yang disebarkan oleh senior-ku,..aku mendapati bahawa jamuan hari raya hanya akan diadakan…
pada sebelah petang kerana mengikut kata rakan-rakanku bahawa budak perubatan perlu menghadiri kelas dan sebahagian nya lagi perlu menghadiri periksa pada sebelah paginya…KESIAN MEREKA
Tapi satu keuntungan bagi kami semua kerana, berdasarkan maklumat ku daripada kedutaan malaysia di RUSSIA…bahawa terdapat lebih kurang 2000 orang! sahaja pelajar medic di Moscow tidak kira di tempat lain seperti di Volgograd dan juga NizhnyNovgorog….nak dibandingkan dengan budak kejuruteraan memang bilangan kami amat kecil….tiga “batch” ini sahaja baru 100 orang (lebih kurang)….





